[TERKINI] ePemula | Golongan belia boleh daftar bermula esok

2022-04-10 0

Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula, mulai esok.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kredit e-tunai tersebut adalah melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.